'Saya pendekar Bugis, jangan main-main dengan pendekar Bugis'

  • 6 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran supaya jangan bermain-main dengan pendekar Bugis.

'Jangan main-main dengan Pendekar Bugis. Siapa yang nak mencarik-carik maruah orang Bugis, tunggu balasannya nanti,' kata

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira kira 5,000 pengamal seni silat negara sewaktu berucap di Majlis Himpunan Raksasa Guru-guru Silat 2018, di Gombak, hari ini.

Najib dalam ucapannya turut melahirkan rasa kagum terhadap prinsip yang diamalkan pengamal seni silat, iaitu sikap wala’ dan taat kepada kepimpinan negara.