CEO AirAsia mohon maaf

  • 6 years ago
Video dirakam dari dalam pesawat AirAsia penerbangan AK171 dari Kaohsiung ke KLIA2 menunjukkan kakitangan yang mengendalikan bagasi menghumbankannya ke tanah dan ke dalam kenderaan pengangkut.

Posting itu turut disertakan rakaman video 30 saat, yang memaparkan dua kakitangan sedang mengangkut bagasi dari pesawat di lapangan terbang.

Pengguna Facebook yang memuat naik video berkenaan mendakwa basikalnya rosak ketika proses memunggah tersebut dilakukan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Riad Asmat, yang juga seorang penunggang basikal, akan berhubung dengan penumpang berkenaan dan memastikan tiada kerosakan berlaku.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Tony Fernandes memohon maaf selepas video kakitangan AirAsia menyebabkan basikal seorang penumpang rosak tular di media sosial.