Azwan Ali Dapat 'Dedak'?
  • 6 years ago
SUSULAN kelantangan selebriti kontroversi, Azwan Ali mengkritik abangnya sendiri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, banyak pihak yang beranggapan dia menerima 'dedak' atau habuan daripada pihak tertentu.

Ketika hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu berhubung dakwaannya bahawa Azmin yang juga Menteri Besar Selangor terlibat rasuah, Azwan sempat mengulas mengenai isu berkenaan.