Majlis resepsi Yuna dan Adam terima pujian
  • 6 years ago
Pasangan pengantin baru Yuna dan suaminya Adam malam tadi mengadakan majlis resepsi di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya.

Majlis tersebut mendapat pujian para netizen dan peminat yang memuji pelamin milik pasangan tersebut.

Selepas tema pernikahan 'bagaikan di kayangan', netizen sekali lagi terkedu dengan konsep majlis resepsi ini yang ramai mengatakan ia ibarat di dalam sebuah akuarium.

Tular gambar dan video majlis Yuna ini yang mendapat pujian lebih-lebih lagi pelamin unik dengan hiasan bunga dan lampu yang sempurna.