'Itu bukan penalti'

  • 6 years ago
Pemain Bilbao, Aritz Aduriz menerima pujian pengurusan La Liga selepas sikap 'fairplay' yang ditampilkan beliau.

Dalam satu insiden, Aduriz terjatuh di dalam kotak penalti kerana mengelak bentesan pertahanan lawan.

Para penyokong Bilbao menjerit meminta pengadil memberikan penalti untuk insiden itu.

Namun Aduriz dengan pantas mengangkat tangannya ke udara memberi isyarat 'itu bukan penalti'.

Rakaman kejadian itu dikongsi laman rasmi La Liga dengan pujian kepada Aduriz.

Recommended