Tular sungai biru, jabatan alam sekitar lakukan siasatan

  • 6 years ago
Rakaman 15 saat memaparkan air sungai di kawasan Taman Tuanku Jaafar, Seremban bertukar biru tular sejak beberapa hari ini.

Susulan rakaman tersebut, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) menjalankan siasatan bagaiman kejadian itu boleh berlaku.

Menurut JASNS air sungai bertukar biru disyaki berpunca dari sebuah premis yang menjalankan peniagaan plastik.
Air sungai bertukar biru selepas proses pembersihan kilang tersebut.

JASNS juga memaklumkan pihak yang bertanggungjawab telah menghentikan operasi setelah selesai melakukan kerja pembersihan bagi menyurai impak kejadian.

JASNS berkata begitu dalam satu muat naik di laman Facebook rasmi mereka pada Selasa lalu dan mengucapkan terima kasih pada yang melaporkan kejadian tersebut.