'Kot-kot mengidam' netizen doa Fazura cepat hamil

  • 6 years ago
Pasangan selebriti popular negara, Fazura dan Fattah Amin kini sedang menikmati percutian bulan madu di Eropah.

Namun tular video dimana Fazura seakan memberi bayangan dirinya kini sedang berbadan dua.

Betul atau tidak? dalam video berkenaan Fazura sedang menjamu selera dan ditegur rakannya kerana makan terlalu banyak.

Fazura lantas memberika respon balas dengan berkata "bukan apa, kot kot mengidam ke apa…kot kot lah I cakap".

Jawapan spontan Fazura itu membuatkan suasana riuh dan berdoa agar perkara tersebut menjadi kenyataan.

'Hint' dari Fazura itu juga diharapakan sebagai satu perkara yang betul oleh para peminatnya.

Video itu mendapat respon positif netizen yang mendoakan pasangan Fazura dan Fattah Amin segera menimang cahaya mata.

Sebelum ini Fazura pernah mengatakan beliau belum bersedia menimang cahaya mata dalam amsa terdekat tetapi Fattah mahu menjadi bapa dan sudah mem[unyai nama untuk bakal anak mereka.