Khai Bahar menyanyi dengan mic terbalik di Meletop

  • 6 years ago
Penyanyi Khai Bahar 'malu besar' apabila menyanyi dengan memegang mic terbalik ketika siaran langsung Meletop malam tadi.

Aksi penyanyi yang digelar 'king of smule' itu mendapat reaksi lucu para peminat yang melihat rancangan tersebut.

Sebelum memulakan nyanyian, Khai Bahar kelihatan melambai-lambai peminat yang berada di hadapannya sehingga tidak perasan mic yang dipegangnya terbalik dan sejurus memulakan nyanyian baru beliau sedar mic terbalik apabila suara tidak kedengaran.

Namun aksi 'memalukan' itu diselamatkan pengacara rancangan tersebut Nabil Ahmad yang datang memeluk Khai Bahar sejurus penyanyi itu menyedari mic yang dipegangnya terbalik.

Khai terus menyanyikan lagu tersebut hingga akhir selepas insiden yang mulucukan itu berlaku dan mendapat tepukan gemuruh penonton di studio.

Dalam pada itu menerusi laman Instagram Khai bahar meminta maaf dengan insiden itu dan mengatakan terlalu teruja dengan kehadiran peminatnya ketika program yang disiarkan secara langsung itu.