Selepas dipamer, 'Diego Maradona' terima kritikan

  • 6 years ago
Legenda bola sepak dunia Diego Maradona baru sahaja merasmikan patungnya yang kini dipamer di Kolkata India pada Isnin lalu unutk tujuan amal.

Namun seperti Cristiano Ronaldo, patung Maradona menerima kritikan di sosial media gara-gara rupanya yang tidak sama dengan orangnya.

Patung gangsa berukuran 12 kaki itu dihasilakn berinspirasi dari kejuaraan Piala Dunia 1986 di mana Argentina muncul juara ketika itu.

Kebanyakkan peminat bola sepak mengkritik rupa patung berkenaan dengan ada yang mengatakan ia seperti Susan Boyle, Roy Hodgson, Larry Bird dan lebih teruk dilabel seperti orang tua.

Sebelum ini ukiran patung Ronaldo di Portugal juga dikecam teruk dan selepas beberapa bulan ia digantikan dengan versi yang lebih cantik dan serupa dengan yang aslinya.