FGV: tarikh pengambilalihan EHP dilanjutkan

  • 6 years ago
Proses penelitian bagi cadangan pengambilalihan PT Eagle High Plantations (EHP) akan dilanjutkan sehingga 30 November 2015.

FELDA Global Ventures dalam satu kenyataan hari ini berkata syarikat itu berada pada tahap untuk memuktamadkan cadangan pengambilalihan untuk memastikan kepentingan bersama pihak berkepentingan dan pemegang saham.