Asean sokong pelan tindakan untuk kerjasama tenaga - Ongkili

  • 6 years ago
Mesyuarat menteri-menteri Asean mengenai tenaga dan mesyuarat berkaitan (AMEM) ke-33 yang berakhir semalam, menyokong pelan tindakan untuk kerjasama tenaga Asean APAEC bagi mencapai jaminan, aksesibiliti dan kemampanan tenaga bagi rantau ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, APAEC adalah dokumen penting yang akan membimbing serta membolehkan negara Asean menggembleng sumber bagi tempoh 10 tahun akan datang.