KDN hantar surat penjelasan kepada Tentera Negara Indonesia

  • 6 years ago
Kementerian Dalam Negeri, KDN akan menghantar surat penjelasan kepada Wisma Putra dan Menteri Luar Indonesia, pada Khamis bagi menjelaskan perkara sebenar berkaitan kes salah mendarat helikopter Sabah Air di lapangan mendarat milik Tentera Negara Indonesia (TNI) sabtu lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau juga sudah memberi penjelasan tentang perkara itu kepada pihak kedutaan Indonesia dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.