Yakin perjanjian utama penstrukturan air dimuktamad

  • 6 years ago
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yakin perjanjian utama penstrukturan industri bekalan air Selangor dapat dimuktamadkan pada 9 Mac. Ia dua kali ditangguhkan sebelum ini. Kata Ongkili, mesyuarat bersama Menteri Besar Selangor Azmin Ali akan diadakan jika beberapa isu yang dibangkitkan terutama isu pengambilalihan aset air tidak dapat diselesaikan menjelang tempoh itu.