Discovery tumpu kandungan penuhi citarasa tempatan

  • 6 years ago
Pembangun rangkaian program berkualiti tinggi global, Discovery Communications merancang membuka pejabat pengurusannya di Kuala Lumpur menjelang mei depan bagi mengukuhkan sistem penyampaian kepada rakan niaga serta pelanggan di negara ini. Menurut Pengurus Besar Discovery Networks Asia Pasifik, Theresa Ong, menerusi langkah pengembangan syarikat di rantau ini ia dijangka mampu meningkatkan pertumbuhan perniagaan untuk tempoh jangka panjang.