Penjaga gol JDT II mengaku tidak bersalah

  • 6 years ago
Penjaga gol pasukan bolasepak Johor Darul Takzim JDT II, Mohd Anis Faron Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown pada selasa atas tuduhan mengaibkan kehormatan Polis Diraja Malaysia, PDRM, 3 April lalu. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim L. Umma Devi.