Hanya 380 daripada 5,000 koperasi yang layak daftar GST

  • 6 years ago
Hanya 380 daripada 5,000 koperasi yang layak membuat pendaftaran bagi cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah mendaftar setakat ini. Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata meskipun jumlah itu masih rendah, pihaknya meletakkan sasaran 5,000 koperasi mendaftar sebelum pelaksanaan cukai tersebut pada 1 April ini.