Peluang PKS terokai pasaran ASEAN

  • 6 years ago
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kini mempunyai peluang yang lebih cerah untuk melebarkan perniagaan di serantau ASEAN menerusi jaringan integrasi yang lebih kukuh. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes, AirAsia Asean Pass yang diperkenalkan kumpulan itu direka khas bagi menggalakkan pertumbuhan bukan hanya sektor pelancongan malah membuka peluang pasaran baru bagi usahawan.