Polis tidak sekat kebebasan bersuara

  • 6 years ago
Polis tidak pernah menyekat kebebasan bersuara rakyat termasuk untuk mengadakan perhimpunan. Bagaimanapun ia harus mengikut peruntukan undang-undang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan, berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur perlu memohon lokasi yang sesuai untuk berhimpun selepas diberi kebenaran untuk mengadakan perhimpunan.