182,000 ekor benih udang dirampas

  • 6 years ago
Cubaan untuk menyeludup 182 ribu ekor benih udang bernilai 4 ribu ringgit ke dalam negara gagal apabila seorang lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Kedah. Suspek ditahan semasa melalui sekatan pemeriksaan di Komplek Kastam, Imigresen dan kuarantin di Bukit Kayu Hitam. Pihak berkuasa menemui benih udang yang disorok di bawah tempat duduk bahagian pemandu kereta dipandunya.