Kafe khas bantu warga emas mahir produk Google

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Menggunakan Google Maps bagi memandu arah ke sebuah majlis kenduri mungkin agak mudah bagi pengguna tegar teknologi moden. Tetapi bagaimana pula untuk warga emas? Menyedari pentingnya golongan warga emas untuk turut sama memenuhi jemputan ke majlis kenduri, Google hari ini mengadakan satu bengkel khas kemahiran dalam penggunaan pelbagai fungsi dan produk Google.