Nadi Ilmu Amalan Membaca

  • 6 years ago
Program Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999.

Program ini dilaksanakan bermula dengan tahun satu bagi sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.

Semua ini dilakukan Kementerian Pendidikan atas dasar mahu menerapkan tabiat membaca kalangan murid dan pelajar.

Selain ujian penulisan dan pemahaman mereka akan dinilai di beberapa peringkat, antaranya pengucapan awam dan penilaian inidividu serta berkumpulan.

Setiap tahun tokoh nilam peringkat kebangsaan akan dipilih dan hari ini di studio AWANI pagi kita bersama dengan salah seorang calon Tokoh NILAM Kebangsaan 2017, Nur Amyra Ashiqin Zainoel Abidin.

Nur Amyra merupakan pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor dan juga Tokoh NILAM negeri Selangor 2016.


Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.
Visit http://www.astroawani.com for more news.

Astro AWANI LIVE http://www.astroawani.com/videos/live
Subscibe to NJOI AWANI https://www.youtube.com/njoiawani
Follow us on Website http://www.astroawani.com
Like us on Facebook https://www.facebook.com/astroawani
Follow us on Twitter https://twitter.com/501Awani
Follow us on Instagram http://instagram.com/501awani