Ujian minda untuk kanak-kanak bawah lima tahun

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Permata Negara akan memperkenalkan laman web mengandungi soalan yang menguji kecergasan minda kanak-kanak di bawah umur lima tahun, menjelang November ini.

Projek yang dibangunkan dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-Kanak Kebangsaan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Kebangsaan Malaysia itu bertujuan membolehkan pengurusan dan pembangunan anak-anak cemerlang dan pintar dapat dibuat daripada tahap awal.