MIC tubuh jawatankuasa khas selesai kemelut parti

  • 6 years ago
MIC akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu susulan Arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mahu pemilihan semula jawatan naib presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu diadakan semula. Perkara itu dimaklumkan Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas CWC, di ibu pejabat MIC, pada Khamis petang.