Malaysia mampu catat pertumbuhan 5%-6% pada 2015

  • 6 years ago
Ekonomi Malaysia mampu berkembang di antara lima peratus dan enam peratus tahun depan di sebalik kejatuhan harga minyak mentah global. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pemansuhan subsidi petrol yang berkuat kuasa 1 Disember 2014 dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan mulai 1 April 2015 akan membantu mengukuhkan kedudukan kewangan kerajaan.