Aplikasi MyKira banding harga sebelum, selepas #GST

  • 6 years ago
Pengguna yang mahu membuat perbandingan harga barang sebelum dan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan, GST kini boleh berbuat demikian dengan mudah dan pantas menggunakan aplikasi ‘MyKira GST’. Antara ciri utama aplikasi itu adalah orang ramai dapat menyemak lebih 10,000 harga barang serta perkhidmatan di pasaran dan pada masa sama, pengguna juga boleh terus membuat aduan dengan menggunakan E-Aduan yang terdapat pada aplikasi berkenaan.