Polis Selangor buru 12 individu bantu siasatan

  • 6 years ago
12 individu diburu bagi membantu siasatan berhubung insiden keganasan semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF antara malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah memaklumkan, kes terbabit akan disiasat mengikut seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh.