Pelaksanaan sistem pengasingan sisa pepejal

  • 6 years ago
Bercakap tentang sistem pengasingan sisa makanan, sebenarnya Universiti Malaya (UM) melalui projek "Zero Waste Campus" berjaya menghasilkan mekanisme pengasingan sisa makanan dari kafeteria dan asrama kolej kediaman kampusnya. Dan hasil daripada sisa makanan yang diasing dan dikutip itu kemudian dikitar semula untuk dijadikan kompos. Untuk mengulas lebih lanjut, kita bersiaran secara langsung bersama Pengarah Zero Waste Campaign, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr. Sumiani Yusoff.