Tapak jualan fizikal untuk usahawan online

  • 6 years ago
Teknologi memudahkan ramai usahawan muda yang tidak mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Bukan itu sahaja, media sosial seperti Facebook dan Intagram turut membantu usahawan memasarkan produk mereka dengan lebih berkesan. Namakan apa sahaja, pakaian, aksesori, makanan, buku dan sebagainya. Semua boleh dijual secara atas talian. Walaupun begitu, usahawan mungkin melihat perkembangan perniagaan akan terbatas jika hanya bergantung kepada perniagaan atas talian.