Warga emas maut, motosikal jatuh gaung

  • 6 years ago
Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terjatuh ke dalam gaung sedalam 25 meter di Jalan Pokok Ceri, Bukit Bendera, malam Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Cheng Seng Lee, 75, maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat terhantuk batu.