Perkasa mahu pesta bogel di Pulau Pinang disiasat

  • 6 years ago
Polis Diraja Malaysia, PDRM akan menyiasat laporan mengenai video pesta bogel sekumpulan lelaki dan perempuan yang dirakamkan di Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alatrash Wahid berkata, siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaaan kerana mengeluarkan perkataan atau isyarat yang mengaibkan seseorang.