Pemukiman Menteri Luar Asean 2015 bermula hari ini

  • 6 years ago
Menteri Luar Asean memulakan pemukiman mereka hari ini dengan memberi fokus antara lain terhadap langkah untuk memacu agenda asean ke hadapan, terutamanya dalam konteks pembinaan komuniti Asean. Pada pemukiman itu, Malaysia akan turut berkongsi dengan negara anggota lain tentang lapan keutamaannya bagi asean selaku pengerusi perkumpulan itu tahun ini. Antara isu yang dijangka dibincangkan termasuk pertikaian perairan di Laut China Selatan yang menyaksikan memuncaknya ketegangan tahun lepas. Dan perkembangannya bersama wartawan Astro Awani Sabah, Rizal Abdullah.