Pengawal keselamatan: Wajib sah kad pengenalan

  • 7 years ago
Semua syarikat kawalan keselamatan diwajibkan membuat pengesahan kad pengenalan calon yang memohon kerja sebagai pengawal keselamatan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), berkuat kuasa 1 Septemper ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon berkenaan perlu ke JPN untuk membuat pengesahan MyKad secara biometrik sebelum syarikat mengemukakan permohonan tapisan keselamatan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).