MT UMNO beri sokongan sebulat suara

  • 6 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, selaku Presiden UMNO mengumumkan Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara menyokong kepimpinan beliau selaku presiden. Perkara terbabit diumumkan dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu pejabat parti itu di ibu negara. Sokongan penuh juga diberikan kepada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.