Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan beri peluang rakyat miskin miliki rumah

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) meringankan beban rakyat dengan memberikan rumah kepada tiga penerima di sekitar daerah Lenggong, Perak melalui Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA).

Exco Perak, Datuk Saarani Mohammad, berkata ia adalah langkah kerajaan negeri dalam membantu rakyat Perak untuk memiliki kediaman masing-masing tanpa mengharapkan sebarang keuntungan.