Kursi Onn Jaafar bakal diwujudkan di UPNM

  • 6 years ago
Kursi Onn Jaafar yang akan diwujudkan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM) bakal memberi penekanan dalam pengajian perpaduan dan keamanan sejagat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, ia perlu diwujudkan selepas pelbagai cabaran kepada perpaduan masyarakat akhir-akhir ini.