Perang ke atas penggubahan wang haram

  • 7 years ago
Perang habis-habisan ke atas pengubahan haram. Bagi mengelak Malaysia menjadi hab pengubahan wang haram, pelbagai undang-undang digubal dan dikaji semula bagi mengurangkan kadar jenayah terancang ini. Peguam Firma Tetuan Syed Iskandar Syed Jaafar, Dr. Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar dalam Analisis AWANI pada isnin berkata pelbagai pindaan dilakukan di bawah seksyen 93 akta pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram 2001 (akta 613) atau amla bagi membanteras jenayah pengubahan wang haram.