Erat hubungan ketenteraan pelbagai negara

  • 6 years ago
Acara Eksesais Keselamatan Maritim Multinasional yang dianjurkan sempena Pameran Antarabangsa Aeroangkasa dan Maritim Langkawi, LIMA 2015 mampu mengeratkan hubungan ketenteraan bersama negara yang terbabit. Menurut Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, acara itu amat penting dan merupakan sejarah besar kerana menjadi sebahagian daripada aktiviti LIMA.