Tindakan undang-undang jika rundingan air terus buntu

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Kerajaan Persekutuan bersedia menggunakan akta industri perkhidmatan air bagi memastikan kerajaan Selangor meneruskan proses penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata, tindakan undang-undang juga sedang dipertimbangkan bagi memastikan Projek Loji Rawatan Air Langat Dua dapat diteruskan selepas ia tertangguh kerana kegagalan kerajaan Selangor memberikan beberapa premit serta tanah yang diperlukan.