ESSCOM luluskan operasi kesan penjenayah di Kinabatangan

  • 6 years ago
Sila klik di sini untuk video terkini. http://www.astroawani.com/video

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, ESSCOM masih berusaha mengesan sekumpulan penjenayah bersenjata yang didakwa dilihat di sebuah ladang di Kinabatangan.

Ketua ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun, berkata, pihaknya telah melancarkan operasi di kawasan tersebut dengan menggunakan semua kekuatan yang ada, selepas menerima maklumat berkenaan daripada orang ramai.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak panik kerana keadaan di Zon Selamat Timur Sabah, ESSZON adalah terkawal.