Proton perlu ke pasaran luar untuk lebih cemerlang

  • 6 years ago
Pasaran kereta PROTON hanya akan berlegar dalam pasaran tempatan jika syarikat itu terus bergantung kepada perlindungan kerajaan untuk meneruskan operasinya.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri berkata syarikat pengeluar kereta nasional itu perlu mencari jalan untuk menembusi pasaran antarabangsa setanding dengan syarikat pengeluar kereta Korea Selatan dan Jepun.