Tiada rakyat malaysia terjejas akibat epal tercemar

  • 6 years ago
Kementerian Kesihatan hari ini (Rabu) mengesahkan tiada rakyat malaysia yang dijangkiti bakteria 'listeria monocytegenes' pada buah epal jenis granny smith dan gala yang diimport dari Amerika Syarikat. Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kementerian itu juga tidak mempunyai sebarang bukti untuk menunjukkan epal tercemar bakteria itu dikesan di Malaysia.