Manaikkan martabat mutu kraf dan warisan asli

  • 6 years ago
Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) yang ditubuhkan pada 2007 bertujuan mengekal dan meningkatkan mutu kraf dan warisan asli disamping menambahbaik sumber ekonomi pembuat kraf. Salah satu acara bagi meningkatkan martabat inisiatif ini termasuk penganjuran anugerah YTNZ pada 8 Disember ini di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur yang bakal dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Nur Zahirah Sendiri. Bagi membincangkannya dengan lebih lanjut bersama kita di studio ialah salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah YTNZ, YBHG Datuk Radzuan Radziwill dan Pensyarah Kanan, Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UITM Shah Alam, En. Faizal Hamid.