Kenyataan media asing berhubung MH370 dipersoal

  • 6 years ago
Laporan media asing yang mengatakan pesawat MH370 terbang rendah pada paras 4000 ke 5000 kaki ketika melalui Pulau Perak, dipersoal Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Hussain, bekas juruterbang MAS di Agenda Awani semalam.

Menurut beliau, tidak ada keperluan untuk pesawat tersebut terbang pada ketinggian itu kerana paras 10, 000 kaki sudah mencukupi bagi mengembalikan bekalan oksigen ke dalam pesawat serta mengelak dari bertembung pesawat lain.