Loji kuasa Petronas Sabah mulakan operasi komersi

  • 6 years ago
Anak Syarikat Petronas Gas Bhd (PGB), Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB), memulakan operasi komersial blok 100 megawatt pertama Loji Kuasa Kimanis (KPP) di Kimanis pada 16 Mei.

KPP yang merupakan satu daripada beberapa projek berkaitan petroleum dan tenaga yang dimajukan oleh Kumpulan Petronas di Sabah itu dijangka memberikan sumbangan besar kepada keandalan dan jaminan bekalan kuasa di negeri ini.