M'sia pertahan maruah uruskan MH17 dengan baik

  • 6 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia berjaya mempertahankan maruah apabila menguruskan dengan baik tragedi pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine Khamis lepas. Ujarnya kejayaan membawa keluar mayat mangsa dan dua kotak hitam dari kawasan bergolak di Ukraine itu membuktikan walaupun Malaysia hanyalah negara kecil, ia tetap akan mempertahankan maruahnya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.