3 rentung dan 3 parah dalam kemalangan di Melaka

  • 6 years ago
Tiga rentung dan tiga lagi cedera parah bila kereta yang mereka naiki terbakar akibat terbabit dalam kemalangan di lebuhraya utara ke selatan, Plus berhampiran susur keluar Plaza Tol Tangkak, pada Khamis. Kejadian berlaku pukul 7.00 pagi ketika keenam-enam mereka sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru.