Mencari MH370 - Prof Dr. Tharek Abd Rahman

  • 6 years ago
Kerajaan hari ini menyangkal dakwaan media asing bahawa pesawat MH370 yang masih hilang, telah terbang untuk beberapa jam selepas lenyap daripada radar pada awal pagi 8 Mac.

Sambil menyatakan laporan-laporan itu adalah tidak tepat, Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata transmisi terakhir daripada pesawat itu adalah pada 1.07 pagi dan ia menunjukkan bahawa semuanya normal.