Kereta bertembung: Suami isteri maut, anak cedera

  • 6 years ago
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka parah selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain di kilometer 140 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan. Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Terengganu, Mohd Hasbullah Halipah memaklumkan, mereka yang terbunuh ialah Ahmad Shukri Abd Wahab dan Nor Asmalia Wahab, masing-masing berusia 34 tahun.