Malaysia sentiasa berhubung dengan China

  • 6 years ago
Pihak berkuasa Malaysia dan China sentiasa berhubung antara satu sama lain dalam usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Datuk Seri Hishammuddin menegaskan beliau sendiri sentiasa berhubung dan meyalurkan maklumat terkini kepada China setiap hari.

Walaupun wujud kritikan daripada ahli keluarga penumpang dari China berhubung perkembangan operasi mencari dan menyelamat ia tidak menjejaskan kerjasama Malaysia-China.