Kerajaan jamin pertingkat usaha pencarian MH370

  • 6 years ago
Kerajaan menjamin usaha pencarian MH370 yang hilang kira-kira 100 hari lalu akan dipertingkat dari semasa ke semasa dengan bantuan negara seperti China dan Australia. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hubungan dua hala yang kukuh antara Malaysia dan dua negara terbabit serta negara asean lain memudahkan lagi operasi pencarian.